Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SIBER (PELESENAN PEMBERI PERKHIDMATAN KESELAMATAN SIBER) 2024
Seksyen 5
Peraturan-Peraturan ini ialah suatu perkhidmatan bagi—
Suatu perkhidmatan pengujian penembusan di bawah Peraturan-Peraturan ini ialah perkhidmatan untuk menaksir, menguji atau menilai tahap keselamatan siber suatu komputer atau sistem komputer, dengan mencari kerentanan pada, dan menjejaskan, pertahanan keselamatan siber komputer atau sistem komputer itu, dan termasuklah mana-mana aktiviti yang berikut:
(a)
menentukan kerentanan keselamatan siber suatu komputer atau sistem komputer, dan menunjukkan bagaimana kerentanan itu boleh dieksploitasi dan diambil kesempatan;
(b)
menentukan atau menguji keupayaan organisasi untuk mengenal pasti dan bertindak balas terhadap insiden keselamatan siber melalui simulasi percubaan untuk menembusi pertahanan keselamatan siber komputer atau sistem komputer;
(c)
mengenal pasti dan mengukur kerentanan keselamatan siber suatu komputer atau sistem komputer, yang menyatakan kerentanan itu dan menyediakan tatacara mitigasi yang sesuai yang dikehendaki untuk menghapuskan kerentanan itu atau mengurangkan kerentanan itu kepada tahap risiko yang boleh diterima; atau
(d)
menggunakan kejuruteraan sosial untuk menaksir tahap kerentanan suatu organisasi terhadap ancaman keselamatan siber.
Permohonan bagi lesen