Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SIBER (PELESENAN PEMBERI PERKHIDMATAN KESELAMATAN SIBER) 2024

Seksyen 6

P.U. (A) 221 4

(1)

Tertakluk pada seksyen 28 Akta, suatu permohonan bagi suatu lesen untuk memberikan perkhidmatan keselamatan siber oleh seseorang yang berniat untuk memberikan apa-apa perkhidmatan keselamatan siber atau mengiklankan, atau dalam apa-apa cara mengemukakan dirinya sebagai pemberi suatu perkhidmatan keselamatan siber hendaklah dibuat kepada Ketua Eksekutif melalui cara elektronik dan hendaklah disertakan dengan pembayaran fi sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual.

(2)

Suatu permohonan di bawah subperaturan (1) boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan diluluskan atau ditolak oleh Ketua Eksekutif.

(3)

Fi yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah kena dibayar bagi tiap-tiap permohonan yang dikemukakan dan tidak boleh dibayar balik.

P.U. (A) 221 5

Pembaharuan lesen