Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SIBER (PELESENAN PEMBERI PERKHIDMATAN KESELAMATAN SIBER) 2024

Seksyen 7

(1)

Suatu permohonan bagi pembaharuan lesen untuk memberikan perkhidmatan keselamatan siber hendaklah dibuat kepada Ketua Eksekutif melalui cara elektronik dan hendaklah disertakan dengan pembayaran fi sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual.

(2)

Mana-mana permohonan bagi pembaharuan lesen yang diterima oleh

Ketua Eksekutif selepas habis tempoh pembaharuan lesen hendaklah dikira sebagai suatu permohonan baru.

(3)

Fi yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah kena dibayar bagi tiap-tiap permohonan yang dikemukakan dan tidak boleh dibayar balik.

Permohonan secara fraud dan maklumat palsu

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SIBER (PELESENAN PEMBERI PERKHIDMATAN KESELAMATAN SIBER) 2024