Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SIBER (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2024

Seksyen 5

Pembayaran kompaun

(1)

Jika suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu melalui kad kredit, kad debit, kad caj atau apa-apa bentuk pemindahan wang secara elektronik yang lain.

(2)

Suatu resit rasmi hendaklah dikeluarkan bagi tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dibuat.

(3)

Suatu resit rasmi yang dikeluarkan di bawah subperaturan (2) hendaklah termasuk apa-apa resit elektronik jika pembayaran dibuat melalui pemindahan wang secara elektronik.

Pendakwaan boleh dimulakan jika tiada pembayaran dibuat

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SIBER (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2024