Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (AMAUN FAEDAH PENGURUSAN MAYAT) (PINDAAN) 2018
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerja (Amaun Faedah Pengurusan
Mayat) 2017 [P.U. (A) 141/2017], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam
(a)
dengan menomborkan semula peruntukan yang sedia ada sebagai subperaturan (1); dan
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) yang dinomborkan semula subperaturan yang berikut:
“(2) Walau apa pun subperaturan (1), dalam hal kematian pekerja asing kecuali—
(a)
orang bukan warganegara yang bermastautin secara tetap di Malaysia dan yang dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran
Negara 1990 [P.U. (A) 472/1990];
P.U. (A) 352 3
(b)
orang yang—
(i)
memasuki Malaysia secara sah melalui suatu pas atau permit imigresen yang sah;
(ii)
dibenarkan menetap di Malaysia bagi tempoh dua belas bulan dan ke atas; dan
(iii)
dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(c)
Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990; dan
(c)
orang yang dilahirkan di
Malaysia tetapi taraf kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan, dan yang dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(c)
Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990,
Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi kematian pekerja asing itu jika kematian itu berlaku pada atau selepas 1 Januari 2019.”.
Pindaan peraturan 3