Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (AMAUN FAEDAH PENGURUSAN MAYAT) (PINDAAN) 2018
Seksyen 3
Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2—
(a)
dengan menomborkan semula peruntukan yang sedia ada sebagai subperaturan (1); dan
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) yang dinomborkan semula subperaturan yang berikut:
P.U. (A) 352 4
“(2) Walau apa pun subperaturan (1), amaun faedah pengurusan mayat yang kena dibayar berhubung dengan kematian pekerja asing yang disebut dalam subperaturan 2(2) ialah—
(a)
dua ribu ringgit, jika kematian pekerja asing itu berlaku di dalam Malaysia dan pengebumian dijalankan di dalam
Malaysia;
(b)
dua ribu ringgit, jika kematian pekerja asing itu berlaku di luar Malaysia dan pengebumian dijalankan di luar
Malaysia; atau
(c)
enam ribu lima ratus ringgit, jika kematian pekerja asing itu berlaku di dalam Malaysia dan pengebumian dijalankan di luar Malaysia.”.
Dibuat 21 Disember 2018
[KSM/PUU(S)600-1/2/11/6Jld.2; PN(PU2)58/XXII]
M. KULASEGARAN
Menteri Sumber Manusia
P.U. (A) 352 5
EMPLOYEES’ SOCIAL SECURITY ACT 1969
EMPLOYEES’ SOCIAL SECURITY (AMOUNT OF FUNERAL BENEFIT)
(AMENDMENT) REGULATIONS 2018