Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (AMAUN FAEDAH PENGURUSAN MAYAT) (PINDAAN) (NO. 2) 2024

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerja (Amaun Faedah Pengurusan

Mayat) 2017 [P.U. (A) 141/2017] dipinda dalam peraturan 2—

(a)

dengan menggantikan subperaturan

(2)

dengan subperaturan yang berikut:

“(2)

Walau apa pun subperaturan (1), dalam hal kematian pekerja asing—

(a)

akibat suatu bencana kerja atau dalam masa dia masih menerima faedah hilang upaya di bawah

Akta, Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi kematian pekerja asing itu jika kematian itu berlaku pada atau selepas 1 Januari 2019;

P.U. (A) 181 3

(b)

yang mengidap keilatan mati dalam masa dia masih menerima pencen ilat atau yang belum mencapai umur enam puluh tahun tetapi telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan atau tempoh kelayakan yang dikurangkan sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 29(3)

dan

(4)

Akta,

Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi kematian pekerja asing itu jika kematian itu berlaku pada atau selepas 1 Julai 2024.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:

“(3)

Bagi maksud subperaturan

(2)

,

“pekerja asing”

tidak termasuk—

(a)

orang bukan warganegara yang bermastautin secara tetap di Malaysia dan yang dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(b) Peraturan-Peraturan

Pendaftaran Negara 1990 [P.U. (A) 472/1990];

(b)

orang yang—

(i)

memasuki Malaysia secara sah melalui suatu pas atau permit imigresen yang sah;

(ii)

dibenarkan menetap di Malaysia bagi tempoh dua belas bulan dan ke atas; dan

(iii)

dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(c)

Peraturan-Peraturan

Pendaftaran Negara 1990; dan

P.U. (A) 181 4

(c)

orang yang dilahirkan di

Malaysia tetapi taraf kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan, dan yang dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(c) Peraturan-Peraturan Pendaftaran

Negara 1990.”.

Dibuat 28 Jun 2024

[KSM/PUU(S)600-1/2/11/6 Jld.3(9); PN(PU2)58/JLD.24]

SIM CHEE KONG

Menteri Sumber Manusia

P.U. (A) 181 5

EMPLOYEES’ SOCIAL SECURITY ACT 1969

EMPLOYEES’ SOCIAL SECURITY (AMOUNT OF FUNERAL BENEFIT)

(AMENDMENT) (NO. 2) REGULATIONS 2024

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (AMAUN FAEDAH PENGURUSAN MAYAT) (PINDAAN) (NO. 2) 2024