Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (KADAR CARUMAN BAGI PEMANDU BAS) 2019
Seksyen 3
(1)
Tiap-tiap pemandu bas hendaklah membayar suatu caruman kepada
Pertubuhan atau mana-mana ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri pada kadar sebagaimana yang dipilih oleh pemandu bas itu berdasarkan Pendapatan Bulanan Pilihan yang Diinsuranskan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
P.U. (A) 19 3
(2)
Tempoh pelindungan bagi kadar caruman yang dipilih oleh pemandu bas di bawah subperaturan (1) hendaklah bagi tempoh dua belas bulan berturut-turut.
(3)
Jika dalam tempoh pelindungan yang disebut dalam subperaturan (2)
kesahan lesen vokasional yang dikeluarkan kepada pemandu bas di bawah seksyen 56
Akta Pengangkutan Jalan 1987 habis tempoh—
(a)
tempoh pelindungan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga tempoh dua belas bulan berturut-turut itu habis; dan
(b)
pemandu bas itu hendaklah mengemukakan kepada Pertubuhan, apabila diminta oleh Pertubuhan, lesen vokasional baharunya untuk penentusahan.