Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (KADAR CARUMAN BAGI PEMANDU KENDERAAN E-HAILING) 2018

Seksyen 3

(1)

Tiap-tiap pemandu kenderaan e-hailing hendaklah membayar suatu caruman kepada Pertubuhan atau mana-mana ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri pada kadar sebagaimana yang dipilih oleh pemandu kenderaan e-hailing itu berdasarkan Pendapatan Bulanan Pilihan yang Diinsuranskan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

(2)

Tempoh pelindungan bagi kadar caruman yang dipilih oleh pemandu kenderaan e-hailing di bawah subperaturan (1) hendaklah bagi tempoh dua belas bulan berturut-turut.

(3)

Jika dalam tempoh pelindungan yang disebut dalam subperaturan (2)

kesahan lesen vokasional yang dikeluarkan kepada pemandu kenderaan e-hailing di bawah seksyen 56 Akta Pengangkutan Jalan 1987, atau kad pemandu atau kad pemandu elektronik yang dikeluarkan kepada pemandu kenderaan e-hailing di bawah kaedah 10A Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pengangkutan Perdagangan) 1959, habis tempoh—

(a)

tempoh pelindungan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga tempoh dua belas bulan berturut-turut itu habis; dan

P.U. (A) 269 4

(b)

pemandu kenderaan e-hailing itu hendaklah mengemukakan kepada

Pertubuhan, apabila diminta oleh Pertubuhan, lesen vokasional, kad pemandu atau kad pemandu eletronik baharunya, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk penentusahan.

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (KADAR CARUMAN BAGI PEMANDU KENDERAAN E-HAILING) 2018