Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (KADAR CARUMAN BAGI PEMANDU TEKSI) 2017
Seksyen 3
(1)
Tiap-tiap pemandu teksi hendaklah membayar suatu caruman kepada
Pertubuhan atau ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri pada kadar sebagaimana yang dipilih oleh pemandu teksi itu berdasarkan Pendapatan Bulanan Pilihan yang
Diinsuranskan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
(2)
Tempoh pelindungan bagi kadar caruman yang dipilih oleh seorang pemandu teksi di bawah subperaturan (1) hendaklah selama tempoh dua belas bulan berturut-turut.
(3)
Jika dalam tempoh pelindungan yang disebut dalam subperaturan (2)
kesahan lesen pengendali dan kad pemandu yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat atau lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan
Kenderaan Perdagangan habis tempoh—
(a)
tempoh pelindungan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga tempoh dua belas bulan berturut-turut itu habis; dan
(b)
seorang pemandu teksi hendaklah mengemukakan kepada Pertubuhan, apabila diminta oleh Pertubuhan, lesen pengendali, kad pemandu atau lesen baharunya untuk penentusahan.
P.U. (A) 170 4