Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Seseorang penjaja atau peniaga hendaklah membayar suatu caruman kepada Pertubuhan atau mana-mana ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri pada kadar sebagaimana yang dipilih oleh penjaja atau peniaga itu berdasarkan pendapatan bulanan pilihan yang diinsuranskan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
(2)
Penjaja atau peniaga yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah merupakan orang yang—
(a)
menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 10 Jadual Pertama kepada Akta;
(b)
mempunyai apa-apa lesen atau kelulusan bagi aktiviti berhubung dengan menjaja atau berniaga, di jalan atau pasar yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa di bawah
Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Ordinan Kerajaan
P.U. (A) 229 3
Tempatan 1961 (Sabah No. 11 1991) atau Ordinan Kerajaan
Tempatan 1996 (Sarawak Bab. 20).
(3)
Tempoh pelindungan bagi kadar caruman yang dipilih oleh penjaja atau peniaga di bawah subperaturan (1) hendaklah bagi tempoh dua belas bulan berturut-turut.
(4)
Jika dalam tempoh pelindungan yang disebut dalam subperaturan (3), kesahan apa-apa lesen atau kelulusan bagi aktiviti berhubung dengan menjaja atau berniaga, di jalan atau pasar yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 atau
Ordinan Kerajaan Tempatan 1996 itu habis tempoh,—
(a)
tempoh pelindungan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga tempoh dua belas bulan berturut-turut itu habis; dan
(b)
penjaja atau peniaga hendaklah mengemukakan kepada
Pertubuhan, apabila diminta oleh Pertubuhan, apa-apa lesen atau kelulusan baharunya, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk penentusahan.