Malaysia legislation

Section 20

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (FAEDAH, KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI DAN DIALISIS) 2023

Seksyen 20

Pengemukaan tuntutan bagi pencen penakat

(1)

Suatu tuntutan bagi pencen penakat hendaklah dikemukakan kepada

Pertubuhan dalam Borang SR 6 Jadual oleh orang tanggungan yang berkenaan atau, dalam hal seorang orang tanggungan yang belum dewasa, oleh penjaganya di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan penjagaan, jagaan atau pengangkatan orang yang belum dewasa, atau jika tiada penjaga, oleh mana-mana orang lain yang boleh diluluskan oleh Pertubuhan.

(2)

Suatu tuntutan yang dikemukakan di bawah subperaturan (1) hendaklah disokong dengan dokumen atau apa-apa keterangan lain yang membuktikan—

(a)

tarikh kematian suri rumah berinsurans;

(b)

bahawa orang yang menuntut ialah orang tanggungan yang berhak kepada pencen penakat di bawah Akta;

(c)

umur orang yang menuntut;

(d)

bahawa orang yang menuntut terencat mental atau tidak upaya secara fizikal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, jika berkenaan; dan

(e)

pelantikan sebagai penjaga kepada orang yang belum dewasa, jika berkenaan.

(3)

Mana-mana daripada yang berikut boleh diterima sebagai bukti umur—

(a)

sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Pendaftar Kelahiran dan Kematian;

(b)

cabutan yang diperakukan daripada suatu rekod rasmi kelahiran yang menunjukkan tarikh dan tempat lahir dan nama bapa atau nama ibu atau kedua-duanya;

P.U. (A) 200 15

(c)

akuan berkanun yang berhubungan dengan tarikh lahir orang yang menuntut;

(d)

apa-apa keterangan lain yang boleh diterima oleh Pertubuhan dalam hal keadaan sesuatu itu.

(4)

Pertubuhan boleh mengetepikan satu atau lebih dokumen yang disebut dalam subperaturan (2) jika Pertubuhan berpuas hati—

(a)

bahawa orang yang menuntut telah bertindak dengan suci hati berhubung dengan tuntutan yang dikemukakan kepada

Pertubuhan; atau

(b)

tentang kebenaran apa-apa perkara yang berhubungan dengan bukti tuntutan itu.

(5)

Suatu perakuan perkahwinan, suatu akuan berkanun atau mana-mana keterangan lain boleh diterima oleh Pertubuhan sebagai bukti perkahwinan yang dilangsungkan sebelum tarikh Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] mula berkuat kuasa.

Pengemukaan tuntutan pencen penakat oleh orang tanggungan lain

Section 20 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (FAEDAH, KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI DAN DIALISIS) 2023