Skip to content

Seksyen 21

Pengemukaan tuntutan pencen penakat oleh orang tanggungan lain

of Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Suri Rumah (Faedah, Kemudahan Pemulihan Jasmani dan Dialisis) 2023

P.U. (A)In forceProvision 20 of 31
Seksyen 21

(1)

Jika terdapat apa-apa tuntutan bagi pencen penakat daripada orang tanggungan yang lain selepas bayaran tuntutan yang terdahulu itu dibuat,

Pertubuhan hendaklah hanya membayar pencen penakat kepada orang tanggungan yang lain itu pada bulan yang berikutnya dari tarikh Borang SR 6 Jadual diterima oleh Pertubuhan.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), jika terdapat rayuan kepada Tribunal tentang kelayakan orang tanggungan yang lain yang disebut dalam subperaturan (1),

Pertubuhan boleh menggantung pembayaran itu sehingga perkara itu diputuskan oleh

Tribunal dan tarikh kelayakan orang tanggungan lain selepas tuntutan yang terdahulu itu hendaklah terakru dari tarikh keputusan Tribunal.

P.U. (A) 200 16

Ketidaklayakan pencen penakat disebabkan oleh ketidakdedahan, dsb.