Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Penggantungan pencen penakat
(1)
Pertubuhan boleh menggantung bayaran pencen penakat, tertakluk kepada syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan, jika pada bila-bila masa
Pertubuhan berpuas hati bahawa—
(a)
seorang anak yang sedang menerima bahagian pencen penakat diabaikan oleh penjaganya, yang bukan seorang penjaga yang dilantik di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan penjagaan, jagaan atau pengangkatan anak yang berumur di bawah lapan belas tahun; dan
(b)
bahagian pencen penakat anak itu tidak dibelanjakan dengan sepatutnya bagi kebajikannya oleh penjaganya.
(2)
Jika Pertubuhan memutuskan untuk menggantung bahagian pencen penakat anak itu di bawah subperaturan (1), Pertubuhan hendaklah menjalankan suatu penyiasatan mengenai penggantungan itu.
P.U. (A) 200 17
(3)
Apabila selesai penyiasatan, jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa—
(a)
penjaga anak itu tidak melakukan perbuatan di bawah perenggan 1(a) dan (b), bayaran pencen penakat yang digantung hendaklah dengan serta-merta diteruskan; atau
(b)
penjaga anak itu telah melakukan perbuatan di bawah perenggan 1(a) dan (b), Pertubuhan boleh melantik penjaga yang lain dan bayaran pencen penakat hendaklah dibayar kepada penjaga lain itu.