Skip to content

Seksyen 10

Tempoh pelindungan

of Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Suri Rumah (Pendaftaran dan Caruman) 2023

P.U. (A)In forceProvision 10 of 16
Seksyen 10

(1)

Berhubung dengan keilatan, tempoh pelindungan hendaklah bermula dari waktu dan tarikh pembayaran caruman dan berakhir sebaik sahaja habis hari terakhir tempoh pelindungan itu.

(2)

Sekiranya tempoh pelindungan yang sedia ada bertindih dengan mana-mana tempoh pelindungan yang baharu, tempoh pelindungan sedia ada yang bertindih itu hendaklah dikira sebagai satu tempoh pelindungan sahaja dan hendaklah tidak ditambah kepada tempoh pelindungan yang baharu apabila tempoh pelindungan yang baharu itu bermula, dan tempoh pelindungan yang baharu itu hendaklah berakhir sebaik sahaja habis hari terakhir tempoh pelindungan itu tanpa mengambil kira pertindihan tempoh pelindungan itu.

9