Skip to content

Seksyen 15

Kesahan dokumen

of Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Suri Rumah (Pendaftaran dan Caruman) 2023

P.U. (A)In forceProvision 15 of 16
Seksyen 15

(1)

Jika apa-apa persoalan dibangkitkan mengenai kesahan apa-apa dokumen, maklumat atau butir-butir yang berhubungan dengan pendaftaran yang dikemukakan oleh suri rumah, suami suri rumah itu atau mana-mana orang lain, Pertubuhan boleh menghendaki suri rumah, suami suri rumah itu atau mana-mana orang lain untuk mengemukakan dokumen, maklumat atau butir-butir tambahan kepada Pertubuhan.

(2)

Mana-mana Pemeriksa hendaklah mempunyai kuasa untuk memasuki mana-mana premis, tempat kediaman atau tempat penginapan yang merupakan tempat menjalankan aktiviti suri rumah untuk menentusahkan dokumen atau apa-apa butir lain termasuk waktu berlakunya suatu kemalangan di tempat itu.

12