Skip to content

Seksyen 2

of Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Suri Rumah (Pendaftaran dan Caruman) 2023

P.U. (A)In forceProvision 2 of 16

Seksyen 2

(1)

Mana-mana suri rumah, suami suri rumah itu atau mana-mana orang lain boleh memohon bagi pendaftaran suri rumah itu kepada Pertubuhan bagi Skim dalam

Borang SR 1 Jadual bersama dengan apa-apa dokumen, maklumat dan butir-butir sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang SR 1.

(2)

Seseorang suri rumah atau suami suri rumah itu boleh membenarkan mana-mana orang untuk melengkapkan dan memberikan Borang SR 1 Jadual yang disebut dalam subperaturan (1) bagi pihaknya tertakluk kepada apa-apa terma dan arahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pertubuhan.

5

(3)

Jika Pertubuhan berpuas hati bahawa suri rumah atau suami suri rumah itu tidak dapat melengkapkan dan memberikan Borang SR 1 Jadual disebabkan oleh apa-apa sebab, Pertubuhan boleh memberikan bantuan kepada suri rumah atau suami suri rumah itu untuk melengkapkan Borang itu.