Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2023
Seksyen 6
(1)
Bagi maksud menjalankan apa-apa program atau aktiviti, atau kerjasama menurut perenggan 13(2)(a) Akta, Pertubuhan boleh melaksanakan
Skim kepada mana-mana suri rumah jika terdapat bayaran caruman dibuat oleh mana-mana orang bagi pihak suri rumah.
(2)
Dalam menjalankan kuasanya di bawah subperaturan (1), Pertubuhan boleh meminta apa-apa dokumen, maklumat dan butir-butir sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan dan merekodkan dokumen, maklumat dan butir-butir suri rumah itu, dan memasukkan nama dan nombor kad pengenalannya ke dalam daftar yang disebut dalam peraturan 4.
Bayaran balik caruman yang Akta tidak terpakai