Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2023

Seksyen 7

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2), jika apa-apa caruman kepada

Pertubuhan telah dibayar oleh atau bagi pihak mana-mana suri rumah yang baginya

Akta tidak terpakai, jumlah wang yang telah dibayar oleh atau bagi pihak suri rumah itu, Pertubuhan hendaklah apabila berpuas hati bahawa jumlah wang itu tidak boleh dibayar di bawah Akta, membayar balik jumlah wang itu tanpa faedah kepada orang yang membuat bayaran itu.

(2)

Pertubuhan hendaklah membayar balik caruman yang tidak layak dibayar di bawah subperaturan (1), jika bayaran balik itu dituntut dalam tempoh dua belas bulan dalam Borang SR 2 Jadual dari tarikh jumlah itu tidak kena dibayar di bawah Akta.

Caruman mengikut imbangan

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2023