Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2023
Seksyen 9
Tempoh caruman
(1)
Seseorang suri rumah berinsurans hendaklah hanya dilindungi terhadap bencana domestik jika caruman telah dibayar terlebih dahulu berkenaan dengan dirinya—
(a)
di bawah subperaturan 5(1), (2) atau (3) bagi tempoh caruman dua belas bulan; dan
(b)
di bawah subperaturan 5(5) bagi dua belas bulan berturut-turut yang berikutnya.
(2)
Tempoh caruman hendaklah bermula dari waktu dan tarikh caruman yang dibayar oleh atau bagi pihak seseorang suri rumah dan berakhir sebaik sahaja habis hari terakhir tempoh caruman itu.
(3)
Bagi maksud tempoh caruman yang berterusan, caruman hendaklah dibayar bagi tempoh caruman yang baharu pada bila-bila masa sebelum habis tempoh caruman yang sedia ada, dan tempoh caruman yang baharu itu hendaklah bermula dari waktu dan tarikh sebaik selepas hari terakhir tempoh caruman yang sedia ada itu.
Tempoh pelindungan