Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENILAI PERUBATAN) 2023

Seksyen 10

(1)

Bagi maksud memperakukan darjah kehilangan upaya yang melayakkan seseorang suri rumah berinsurans bagi elaun layanan sentiasa di bawah seksyen 30 Akta, penilai perubatan hendaklah menentukan darjah kehilangan upaya sebagai teruk jika—

10

(a)

suri rumah berinsurans itu mengalami hilang upaya atau keilatan sehingga menyebabkan suri rumah berinsurans itu tidak dapat memberi makan kepada dirinya sendiri, menguruskan keperluan peribadi dan kebersihan dirinya, atau menjalankan aktiviti kehidupan harian; dan

(b)

suri rumah berinsurans itu sentiasa memerlukan layanan peribadi orang lain berkenaan dengan makanan, keperluan peribadi dan kebersihan dirinya, atau aktiviti kehidupan harian.

(2)

Selepas berpuas hati dengan darjah kehilangan upaya suri rumah berinsurans itu di bawah subperaturan (1), penilai perubatan hendaklah memperakukan suri rumah berinsurans itu bagi elaun layanan sentiasa.

(3)

Sebagai tambahan kepada perakuan yang dibuat di bawah subperaturan (2), penilai perubatan boleh mengesyorkan kepada Pertubuhan supaya suri rumah berinsurans itu diberikan kemudahan pemulihan jasmani.

(4)

Perakuan yang dibuat di bawah subperaturan (2) boleh diperakukan semula oleh penilai perubatan yang sama atau yang lain atas permohonan Pertubuhan dari semasa ke semasa.

(5)

Apabila diperakukan semula di bawah subperaturan (4), Pertubuhan boleh memutuskan sama ada pembayaran elaun layanan sentiasa diteruskan atau tidak kepada suri rumah berinsurans itu.

Dibuat 9 Jun 2023

[KSM/PUU(S)600-1/1/31/1(3); PN(PU2)765]

SIVAKUMAR A/L VARATHARAJU NAIDU

Menteri Sumber Manusia

11

HOUSEWIVES’ SOCIAL SECURITY ACT 2022

HOUSEWIVES’ SOCIAL SECURITY (MEDICAL ASSESSOR) REGULATIONS 2023

__________________________

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENILAI PERUBATAN) 2023