Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENILAI PERUBATAN) 2023
Seksyen 2
(1)
Pertubuhan boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, melantik mana-mana orang sebagai penilai perubatan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud Akta.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), seseorang boleh dilantik sebagai penilai perubatan jika—
(a)
dia merupakan warganegara Malaysia;
(b)
dia merupakan pengamal perubatan berdaftar dengan Majlis
Perubatan Malaysia di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50] atau pengamal pergigian berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia di bawah Akta Pergigian 2018 [Akta 804], mengikut mana-mana yang berkenaan;
4
(c)
dia mempunyai perakuan amalan yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta Perubatan 1971 atau perakuan pengamalan yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta Pergigian 2018, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(d)
dia telah menjalankan amalan sebagai pengamal perubatan atau pengamal pergigian bagi tempoh yang tidak kurang daripada lima tahun;
(e)
dia tidak pernah didapati bersalah atas apa-apa tindakan tatatertib di bawah Akta Perubatan 1971 atau Akta Pergigian 2018, atau disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama satu tahun atau lebih; dan
(f)
dia telah menghadiri apa-apa latihan sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
(3)
Tertakluk kepada perenggan (2)(a), (b), (c), (e) dan (f), mana-mana pegawai perubatan Pertubuhan boleh dilantik sebagai penilai perubatan.
(4)
Pegawai perubatan yang dilantik sebagai penilai perubatan di bawah subperaturan (3) hendaklah memastikan bahawa kewajipannya sebagai penilai perubatan tidak bercanggah dengan kewajipannya sebagai pegawai perubatan.
Elaun bagi penilai perubatan