Seksyen 8
Tempat dan masa bagi pemeriksaan suri rumah berinsurans
of Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Suri Rumah (Penilai Perubatan) 2023
(1)
Pertubuhan hendaklah menentukan tempat dan masa bagi pemeriksaan suri rumah berinsurans di bawah peraturan 5 dan penilai perubatan hendaklah memeriksa suri rumah berinsurans itu di tempat dan pada masa sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
(2)
Dalam menentukan tempat dan masa di bawah subperaturan (1),
Pertubuhan hendaklah mengambil kira tempat di mana suri rumah berinsurans itu tinggal pada masa pemeriksaan itu akan dijalankan dan keadaan kesihatannya.
(3)
Pertubuhan hendaklah memaklumkan tempat dan masa pemeriksaan kepada suri rumah berinsurans itu sekurang-kurangnya tiga hari bekerja sebelum tarikh pemeriksaan.