Seksyen 10
Saman untuk hadir
of Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Suri Rumah (Tribunal Keselamatan Sosial Suri Rumah) 2023
P.U. (A)In forceProvision 10 of 22
Seksyen 10
(1)
Tribunal boleh, atas usulnya sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak dalam permohonan itu, mengeluarkan saman untuk hadir kepada mana-mana orang sebagai saksi atau untuk mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau apa-apa benda lain dalam milikannya di hadapan Tribunal.
(2)
Saman untuk hadir di bawah subperaturan (1) hendaklah dalam
Borang TSR 5 Jadual dan hendaklah disampaikan secara kendiri kepada orang itu.