Malaysia legislation
Section 13
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (TRIBUNAL KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH) 2023
Seksyen 13
Pengerusi boleh membatalkan, menggantung atau mengubah arahan yang dibuat di bawah peraturan 11 sekiranya—
(a)
teknologi komunikasi jarak jauh itu berhenti berfungsi dan ia akan menyebabkan kelewatan yang tidak munasabah untuk menunggu sehingga sistem berfungsi boleh didapati;
(b)
adalah perlu untuk Pengerusi berbuat demikian untuk mematuhi tanggungjawabnya bagi memastikan bahawa prosiding dijalankan secara adil kepada pihak-pihak dalam prosiding;
(c)
telah berlakunya suatu perubahan material dalam hal keadaan selepas
Pengerusi telah membuat sesuatu perintah; atau
(d)
adalah perlu demi kepentingan keadilan untuk berbuat demikian.
Penyiaran dan rekod prosiding