Malaysia legislation
Section 14
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (TRIBUNAL KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH) 2023
Seksyen 14
(1)
Sekiranya
Pengerusi mengarahkan bahawa prosiding hendaklah dijalankan sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya melalui suatu teknologi komunikasi jarak jauh, Pengerusi boleh mengarahkan bahawa—
(a)
prosiding itu hendaklah disiarkan bagi maksud membolehkan orang awam melihat dan mendengar prosiding itu; atau 11
(b)
prosiding itu hendaklah dirakamkan bagi maksud membolehkan
Tribunal untuk menyimpan suatu rekod audio-visual prosiding itu.
(2)
Arahan di bawah peraturan ini boleh berhubungan dengan keseluruhan atau sebahagian prosiding yang berkenaan.
(3)
Jika rayuan telah dibuat kepada Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 73
Akta, salinan rekod audio-visual prosiding yang dibuat di bawah perenggan (1)(b)
boleh diberi kepada pihak dalam prosiding, atas permohonan pihak itu mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi dan disertakan dengan fi sebanyak lima ringgit.
Pendengaran