Malaysia legislation

Section 15

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (TRIBUNAL KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH) 2023

Seksyen 15

(1)

Semasa pendengaran di hadapan

Tribunal, pemohon boleh mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi, atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau apa-apa benda lain bagi menyokong permohonannya.

(2)

Selepas pemohon membentangkan permohonannya, responden hendaklah membentangkan pembelaannya dan boleh mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi, atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau apa-apa benda lain bagi menyokong pembelaannya.

(3)

Selepas responden membentangkan pembelaannya, suatu hujahan lisan atau bertulis yang ringkas boleh dibuat oleh responden dan selepas itu oleh pemohon.

(4)

Tribunal boleh pada bila-bila masa membantu pihak-pihak dalam permohonan itu dalam menjalankan pendengaran.

12

Ketidakhadiran pihak-pihak

Section 15 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (TRIBUNAL KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH) 2023