Malaysia legislation
Section 16
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (TRIBUNAL KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH) 2023
Seksyen 16
(1)
Jika pemohon tidak hadir pada tarikh, dan pada masa dan di tempat, yang ditetapkan untuk pendengaran tetapi responden hadir, Tribunal boleh menolak permohonan itu apabila berpuas hati bahawa notis pendengaran telah disampaikan dengan sewajarnya.
(2)
Jika responden tidak hadir pada tarikh, dan pada masa dan di tempat, yang ditetapkan untuk pendengaran tetapi pemohon hadir, Tribunal boleh, apabila berpuas hati bahawa notis pendengaran telah disampaikan dengan sewajarnya—
(a)
meneruskan pendengaran itu tanpa kehadiran responden; atau
(b)
menangguhkan pendengaran itu ke suatu tarikh lain.
(3)
Jika kedua-dua pihak dalam permohonan itu tidak hadir pada tarikh, dan pada masa dan di tempat, yang ditetapkan untuk pendengaran, permohonan itu hendaklah ditolak.
Penarikan balik permohonan