Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (TRIBUNAL KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH) 2023

Seksyen 6

(1)

Pemohon boleh, pada mana-mana peringkat prosiding, meminda permohonan yang dibuat di bawah peraturan 3 dengan kebenaran Tribunal tertakluk kepada apa-apa terma dan arahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Tribunal.

(2)

Tribunal tidak boleh memberikan kebenaran untuk meminda permohonan yang dibuat di bawah peraturan 3 bagi maksud memasukkan persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang baharu melainkan jika Tribunal berpuas hati bahawa—

(a)

persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang baharu itu adalah berdasarkan apa-apa perkara fakta atau undang-undang yang diketahui oleh pemohon hanya selepas permohonan itu dibuat;

(b)

persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang baharu itu tidak praktik untuk dimasukkan dalam permohonan itu apabila permohonan itu dibuat; atau

(c)

persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang baharu itu dimasukkan disebabkan oleh hal keadaan yang luar biasa.

(3)

Jika kebenaran diberikan di bawah subperaturan (1), pemohon hendaklah memfailkan permohonan terpinda itu dalam lima salinan dengan Tribunal.

(4)

Pengerusi hendaklah menyebabkan supaya satu salinan permohonan terpinda itu dikembalikan kepada pemohon dengan pengakuterimaan penerimaan.

6

(5)

Jika permohonan dipinda di bawah subperaturan (1) selepas permohonan itu disampaikan kepada responden di bawah peraturan 4, Pengerusi hendaklah menyebabkan supaya permohonan terpinda itu disampaikan kepada responden dalam masa empat belas hari dari tarikh permohonan terpinda itu dikembalikan kepada pemohon di bawah subperaturan (4).

(6)

Jika permohonan terpinda itu disampaikan kepada responden selepas pernyataan pembelaan disampaikan kepada pemohon di bawah peraturan 5, responden boleh meminda pernyataan pembelaannya dan memfailkan pernyataan pembelaan terpinda itu dengan Tribunal.

(7)

Pengerusi hendaklah menyebabkan supaya pernyataan pembelaan terpinda itu disampaikan kepada pemohon dalam masa empat belas hari dari tarikh pernyataan pembelaan terpinda itu difailkan dengan Tribunal.

Pindaan pernyataan pembelaan

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (TRIBUNAL KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH) 2023