Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (TRIBUNAL KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH) 2023
Seksyen 9
(1)
Pengerusi hendaklah menyebabkan supaya suatu notis pendengaran dikeluarkan kepada pihak-pihak dalam permohonan itu dalam Borang TSR4 Jadual yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran tidak kurang daripada sepuluh hari sebelum tarikh pendengaran permohonan.
8
(2)
Bagi tujuan subperaturan (1), dalam hal Pengerusi menentukan prosiding dijalankan melalui suatu teknologi komunikasi jarak jauh, Pengerusi juga boleh menentukan platform digital dan lokasi bagi pendengaran itu.
(3)
Walau apa pun subperaturan (1), notis pendengaran boleh dikeluarkan kepada pihak-pihak dalam permohonan itu kurang daripada sepuluh hari sebelum tarikh pendengaran permohonan jika tiada bantahan oleh pihak-pihak dalam permohonan.
Saman untuk hadir