Malaysia legislation
Section 18B
of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (ORANG-ORANG MENJAGA) (PINDAAN) 2014
Seksyen 18B
Tiap-tiap jurutera hendaklah—
(a)
memastikan bahawa pengendalian dan penyenggaraan tiap-tiap dandang stim, enjin stim, enjin pembakaran dalam atau kapal korek, dan jentera yang berkaitan dengan dandang stim, enjin stim, enjin pembakaran dalam atau kapal korek itu
P.U. (A) 270 15
mematuhi Akta dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta;
(b)
memasukkan ke dalam daftar yang disebut dalam subperaturan 18A(1)—
(i)
suatu laporan mengenai keadaan jentera dan keberkesanan apa-apa peranti keselamatan yang dipasang pada jentera itu secara berkala;
(ii)
butir-butir mengenai apa-apa pembaikan yang dikehendaki bagi jentera itu dan tarikh pembaikan itu dilaksanakan; dan
(iii)
butir-butir mengenai apa-apa kerosakan jentera yang mungkin telah berlaku dan pembaikan yang dijalankan;
(c)
memastikan bahawa pengendalian tiap-tiap dandang stim, enjin stim, enjin pembakaran dalam atau kapal korek, dan jentera yang berkaitan dengan dandang stim, enjin stim, enjin pembakaran dalam atau kapal korek itu diuji secara rutin dan berkala mengikut syor pengilang;
(d)
memastikan bahawa peranti kawalan dan keselamatan bagi dandang stim, enjin stim, enjin pembakaran dalam atau kapal korek, dan jentera yang berkaitan dengan dandang stim, enjin stim, enjin pembakaran dalam atau kapal korek itu diuji secara rutin dan berkala mengikut syor pengilang;
P.U. (A) 270 16
(e)
memastikan bahawa dandang stim, enjin stim, enjin pembakaran dalam atau kapal korek, dan jentera yang berkaitan dengan dandang stim, enjin stim, enjin pembakaran dalam atau kapal korek itu dikendalikan dan disenggarakan dalam keadaan baik dan dengan cara yang selamat;
(f)
memeriksa buku log dan rekod bagi dandang stim, enjin stim, enjin pembakaran dalam atau kapal korek secara berkala;
(g)
hadir pada tiap-tiap pemeriksaan berulang bagi dandang stim, enjin stim, enjin pembakaran dalam atau kapal korek dan pada apa-apa pemeriksaan lain yang dikehendaki oleh Pemeriksa;
(h)
menasihati majikan tentang keperluan apa-apa pembaikan atau pengubahsuaian ke atas dandang stim, enjin stim, enjin pembakaran dalam atau kapal korek; dan
(i)
membantu Pemeriksa dalam apa-apa penyiasatan mengenai apa-apa kemalangan yang berkaitan dengan dandang stim, enjin stim, enjin pembakaran dalam atau kapal korek, dan jentera yang berkaitan dengan dandang stim, enjin stim, enjin pembakaran dalam atau kapal korek itu yang dilaporkan di bawah seksyen 31 Akta.
P.U. (A) 270 17
Kewajipan drebar.