Malaysia legislation

Section 29

of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014

Seksyen 29

(1)

Ketua Pemeriksa boleh membatalkan skim pemeriksaan berasaskan risiko jika—

(a)

pengguna skim tidak mematuhi mana-mana kehendak yang dinyatakan dalam Bahagian V; atau

(b)

pengguna skim memberikan apa-apa dokumen atau maklumat yang dikehendaki di bawah mana-mana peruntukan

Peraturan-Peraturan ini yang palsu, mengelirukan atau mengandungi kesilapan atau peninggalan yang material.

(2)

Sebelum Ketua Pemeriksa membatalkan skim pemeriksaan berasaskan risiko di bawah subperaturan (1), Ketua Pemeriksa hendaklah memberi pengguna skim—

(a)

suatu notis bertulis tentang niatnya untuk membatalkan skim pemeriksaan berasaskan risiko itu; dan

(b)

suatu peluang untuk meremedikan kemungkiran atau pelanggaran dalam perenggan

(1)

(a)

atau

(b)

, dan untuk membuat penghujahan bertulis, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari.

P.U. (A) 96 23

(3)

Ketua Pemeriksa hendaklah, selepas mempertimbangkan remedi atau penghujahan bertulis di bawah perenggan (2)(b), jika ada, memutuskan sama ada untuk membatalkan skim pemeriksaan berasaskan risiko itu atau tidak.

(4)

Keputusan Ketua Pemeriksa di bawah subperaturan (3) hendaklah diberitahu secara bertulis kepada pengguna skim dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.

Penarikan balik jentera bertekanan berasaskan risiko

Section 29 — PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014