Malaysia legislation
Section 30
of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014
Seksyen 30
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (2), seseorang pengguna skim boleh, atas apa-apa sebab, menarik balik mana-mana atau semua jentera bertekanan berasaskan risiko daripada suatu skim pemeriksaan berasaskan risiko.
(2)
Pengguna skim hendaklah memberikan suatu notis bertulis tentang niatnya untuk menarik balik jentera bertekanan berasaskan risiko kepada Ketua
Pemeriksa sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum penarikan balik itu.
Pembatalan perakuan kelayakan berasaskan risiko