Malaysia legislation

Section 32

of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014

Seksyen 32

(1)

Jika suatu skim pemeriksaan berasaskan risiko dibatalkan di bawah peraturan 29, tiap-tiap perakuan kelayakan berasaskan risiko berkenaan dengan skim pemeriksaan berasaskan risiko itu hendaklah disifatkan telah dibatalkan.

(2)

Jika mana-mana jentera bertekanan berasaskan risiko ditarik balik daripada suatu skim pemeriksaan berasaskan risiko di bawah peraturan 30, perakuan kelayakan berasaskan risiko berkenaan dengan jentera bertekanan berasaskan risiko itu hendaklah disifatkan telah dibatalkan.

(3)

Jika semua perakuan kelayakan berasaskan risiko berkenaan dengan suatu skim pemeriksaan berasaskan risiko dibatalkan di bawah peraturan 31 atau disifatkan telah dibatalkan di bawah subperaturan (2), skim pemeriksaan berasaskan risiko itu hendaklah disifatkan telah dibatalkan.

P.U. (A) 96 25

Penamatan apabila jentera bertekanan berasaskan risiko dijual, disewakan atau dipindahkan hakmilik 33.

(1)

Jika mana-mana jentera bertekanan berasaskan risiko berkenaan dengan suatu skim pemeriksaan berasaskan risiko dijual, disewakan atau dipindahkan hakmilik secara tetap atau sementara kepada mana-mana orang—

(a)

perakuan kelayakan berasaskan risiko berkenaan dengan jentera bertekanan berasaskan risiko itu hendaklah tamat; dan

(b)

skim pemeriksaan berasaskan risiko itu, dan perakuan kelayakan berasaskan risiko berkenaan dengan mana-mana jentera bertekanan berasaskan risiko yang tidak dijual, disewakan atau dipindahkan hak milik, hendaklah terus sah.

(2)

Jika semua jentera bertekanan berasaskan risiko berkenaan dengan suatu skim pemeriksaan berasaskan risiko dijual, disewakan atau dipindahkan hakmilik secara tetap atau sementara kepada mana-mana orang, skim pemeriksaan berasaskan risiko itu dan tiap-tiap perakuan kelayakan berasaskan risiko berkenaan dengan jentera bertekanan berasaskan risiko itu hendaklah tamat.

Penyerahan balik kelulusan dan perakuan kelayakan

Section 32 — PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014