Seksyen 5
Kecualian
of Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) (Pindaan) 2024
Apa-apa permohonan lesen individu atau pembaharuan lesen individu yang dibuat di bawah Peraturan-Peraturan ibu yang belum selesai sebaik sebelum
Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa hendaklah diuruskan di bawah
Peraturan-Peraturan ibu seolah-olah Peraturan-Peraturan ibu tidak dipinda oleh
Peraturan-Peraturan ini.
(2)
Apa-apa lesen individu yang telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah terus sah sehingga habis tempoh lesen individu itu atau pembatalan lesen individu itu seolah-olah
Peraturan-Peraturan ibu tidak dipinda oleh Peraturan-Peraturan ini.
4
Dibuat 27 Jun 2024
[KKD.BKM.
.100-1/1/13(3); PN(PU2)601/JLD.13]
AHMAD FAHMI BIN MOHAMED FADZIL
Menteri Komunikasi
5
COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA ACT 1998
COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA (LICENSING) (AMENDMENT)
REGULATIONS 2024