Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) (PINDAAN) 2025

Seksyen 3

Peraturan 33 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perenggan 3(a) dengan perenggan yang berikut:

“(a)

apabila permohonan diluluskan, sejumlah satu ratus ribu ringgit didarab dengan bilangan tahun bagi tempoh lesen yang diluluskan, hendaklah dibayar terlebih dahulu sebagai bayaran permulaan fi lesen tahunan yang terpakai;

dan”; dan

P.U. (A) 118 3

(b)

dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut:

“(3A) Bayaran permulaan fi lesen tahunan yang terpakai yang telah dibayar mengikut perenggan 3(a) tidak boleh dibayar balik dalam apa-apa hal keadaan, kecuali dalam hal jika lesen individu itu diserahkan mengikut Akta ini.”.

Pindaan Jadual Ketiga

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) (PINDAAN) 2025