Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) (PINDAAN) (NO. 2) 2024
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan
Komunikasi dan
Multimedia
(Pelesenan)
2000
[P.U. (A) 129/2000], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2—
(a)
dengan memasukkan selepas takrif “perkhidmatan lebar jalur”
takrif yang berikut:
‘ “perkhidmatan media sosial” ertinya suatu perkhidmatan aplikasi yang menggunakan perkhidmatan capaian Internet yang membolehkan dua atau lebih pengguna untuk mereka, memuat naik, berkongsi, menyebarkan atau mengubah suai kandungan;’; dan
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “perkhidmatan pesanan” takrif yang berikut:
‘ “perkhidmatan pesanan Internet” ertinya suatu perkhidmatan aplikasi yang menggunakan perkhidmatan capaian Internet
P.U. (A) 205 3
yang membolehkan seorang pengguna untuk menyampaikan apa-apa bentuk pesanan dengan seorang pengguna yang lain;’.
Pindaan peraturan 30