Malaysia legislation

Section 15

of PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PENOMBORAN) 2016

Seksyen 15

(1)

Suruhanjaya boleh menggantung atau membatalkan sesuatu penguntukan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, dalam mana-mana keadaan yang berikut:

(a)

jika penggunaan penguntukan tidak selaras dengan rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik;

(b)

jika pemegang penguntukan melanggar mana-mana syarat yang terkandung dalam penguntukan;

(c)

jika pemegang penguntukan gagal membayar fi penguntukan dalam hal jika fi penguntukan dikehendaki untuk dibayar;

(d)

jika pemegang penguntukan melanggar mana-mana peruntukan

Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana peruntukan Akta atau mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan dengan penguntukan nombor;

(e)

jika pemegang penguntukan menyerahkan lesennya di bawah

Peraturan-Peraturan ini;

(f)

jika Suruhanjaya menggantung atau membatalkan lesen pemegang penguntukan;

(g)

jika lesen pemegang penguntukan habis tempoh;

(h)

jika penggantungan atau pembatalan adalah demi kepentingan awam; atau

(i)

jika penggantungan atau pembatalan diminta oleh pemegang penguntukan.

14

(2)

Suruhanjaya hendaklah, sebelum menggantung atau membatalkan sesuatu penguntukan di bawah subperaturan (1), memberi pemegang penguntukan—

(a)

suatu notis bertulis mengenai niat

Suruhanjaya untuk menggantung atau membatalkan penguntukan itu; dan

(b)

suatu peluang untuk membuat suatu penghujahan bertulis dalam tempoh tiga puluh hari bekerja dari tarikh notis yang disebut dalam perenggan (a).

(3)

Suruhanjaya hendaklah mempertimbangkan apa-apa penghujahan yang dibuat oleh seseorang pemegang penguntukan sebelum membuat keputusan untuk menggantung atau membatalkan sesuatu penguntukan.

(4)

Jika penggantungan atau pembatalan suatu penguntukan menjejaskan kepentingan awam, Suruhanjaya hendaklah memberi pertimbangan kepada apa-apa penghujahan yang dibuat oleh orang awam sebelum membuat keputusan untuk menggantung atau membatalkan penguntukan itu.

(5)

Jika penggantungan atau pembatalan suatu penguntukan berkaitan dengan nombor yang tidak digunakan, penggantungan atau pembatalan penguntukan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari bekerja dari tarikh notis penggantungan atau pembatalan itu diserahkan kepada pemegang penguntukan atau apa-apa tempoh lain yang boleh diputuskan oleh Suruhanjaya.

(6)

Jika penggantungan atau pembatalan suatu penguntukan berkaitan dengan nombor yang digunakan—

(a)

pemegang penguntukan hendaklah menghentikan penggunaan nombor itu dalam tempoh sembilan bulan dari tarikh penggantungan atau pembatalan penguntukan itu berkuat kuasa;

15

(b)

pemegang penguntukan hendaklah memberikan sekurang-kurangnya enam bulan notis bertulis kepada pengguna akhirnya yang terjejas oleh keputusan Suruhanjaya untuk menggantung atau membatalkan penguntukan itu; dan

(c)

pemegang penguntukan hendaklah menawarkan suatu pilihan nombor alternatif kepada pengguna akhir yang terjejas sebagai ganti jika pemegang penguntukan terus menjadi pemegang lesen di bawah Akta.

(7)

Jika suatu penguntukan telah digantung atau dibatalkan di bawah subperaturan (1), pemegang penguntukan hendaklah, selepas penggantungan atau pembatalan penguntukan itu mula berkuat kuasa, memberhentikan apa-apa pengeluaran lanjut kepada pengguna akhir nombor yang terjejas oleh penggantungan atau pembatalan itu, melainkan jika telah diberitahu selainnya oleh Suruhanjaya secara bertulis.

(8)

Pembatalan atau penggantungan sesuatu penguntukan di bawah subperaturan (1) tidak menyentuh atau menjejaskan hak Suruhanjaya atau Kerajaan untuk mendapatkan apa-apa wang yang kena dibayar kepada mereka atau mendapatkan apa-apa remedi yang timbul daripada atau berkaitan dengan apa-apa pelanggaran mana-mana syarat penguntukan atau ketidakpatuhan kepada Akta atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta oleh pemegang penguntukan.

(9)

Mana-mana pemegang penguntukan yang melanggar subperaturan (6)

atau (7) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 242 Akta.

Penyiaran penggantungan atau pembatalan penguntukan

Section 15 — PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PENOMBORAN) 2016