Seksyen 16
Penyiaran penggantungan atau pembatalan penguntukan
of Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Penomboran) 2016
(1)
Suruhanjaya hendaklah, secepat yang boleh dilaksanakan, menyebabkan supaya suatu notis penggantungan atau pembatalan sesuatu penguntukan yang menyatakan julat nombor yang digantung atau dibatalkan disiarkan dalam
16
sekurang-kurangnya satu surat khabar harian nasional bahasa kebangsaan dan satu surat khabar harian nasional bahasa Inggeris selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
(2)
Apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk menyiarkan notis penggantungan atau pembatalan tidak dengan apa-apa cara menjejaskan kesahan penggantungan atau pembatalan sesuatu penguntukan.