Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PENOMBORAN) 2016

Seksyen 2

Tafsiran

“fi penguntukan” ertinya fi penguntukan yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik;

“fi permohonan” ertinya fi permohonan yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik;

“nombor” ertinya kategori nombor yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik tetapi tidak termasuk alamat protokol

Internet dan nama domain;

“nombor dihargai” ertinya suatu set nombor daripada nombor simpanan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya sebagai nombor dihargai;

“nombor simpanan” ertinya apa-apa nombor yang belum diperuntukkan yang disimpan oleh Suruhanjaya menurut Peraturan-Peraturan ini;

6

“pemegang penguntukan” ertinya pemegang sesuatu penguntukan yang dikeluarkan di bawah peraturan 13;

“pemohon” ertinya pemegang lesen yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik yang memohon suatu penguntukan di bawah Peraturan-Peraturan ini;

“pengguna akhir” ertinya seseorang pelanggan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi yang diperuntukkan dengan suatu nombor; dan

“perkhidmatan kemudahalihan nombor” ertinya perkhidmatan yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik yang membolehkan seseorang pengguna akhir mengekalkan nombor telefonnya yang sedia ada apabila menukar daripada suatu pemberi perkhidmatan kepada suatu pemberi perkhidmatan yang lain.

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PENOMBORAN) 2016