Seksyen 8
Permohonan bagi penguntukan nombor biasa atau nombor khas
of Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Penomboran) 2016
(1)
Suatu permohonan bagi penguntukan nombor biasa atau nombor khas hendaklah dibuat dalam borang yang ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah disertakan dengan—
8
(a)
fi permohonan yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik; dan
(b)
maklumat atau dokumen yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.
(2)
Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa selepas permohonan dibuat, meminta pemohon untuk memberi maklumat atau dokumen lanjut dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu.
(3)
Seseorang pemohon dianggap menarik balik permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) jika pemohon itu tidak mematuhi permintaan di bawah subperaturan (2).
(4)
Walau apa pun subperaturan (3), pemohon boleh membuat permohonan baharu.