Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PENOMBORAN) 2016
Seksyen 9
(1)
Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu pelawaan kepada mana-mana pemegang lesen untuk memohon bagi suatu penguntukan nombor dihargai dan hanya pemegang lesen yang telah dipelawa boleh mengemukakan permohonan.
(2)
Sesuatu pelawaan yang dikeluarkan di bawah subperaturan (1) boleh mengandungi mana-mana atau semua perkara yang berikut:
(a)
pemegang lesen yang layak untuk memohon bagi penguntukan nombor dihargai;
(b)
syarat bagi penguntukan nombor dihargai;
(c)
borang permohonan;
(d)
tatacara untuk menguntukkan nombor dihargai dan kaedah-kaedah yang berhubungan dengannya;
9
(e)
nombor dihargai yang ditawarkan;
(f)
takat pemindahan penguntukan nombor dihargai atau urusan dengan penguntukan nombor dihargai yang hendaklah dibenarkan;
(g)
jenis perkhidmatan yang baginya penguntukan nombor dihargai hendaklah digunakan;
(h)
tempoh masa penggunaan nombor dihargai; dan
(i)
apa-apa perkara lain yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.
(3)
Suatu permohonan bagi penguntukan nombor dihargai hendaklah dibuat mengikut pelawaan yang dikeluarkan dan hendaklah disertakan dengan fi permohonan yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik dalam masa yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Tarikh permohonan