Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) (PINDAAN) 2022

Seksyen 2

Pindaan peraturan 2

Komunikasi dan

Multimedia

(Spektrum)

2000

[P.U. (A) 128/2000], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2—

(a)

dengan menggantikan takrif “gangguan besar” dengan takrif yang berikut:

“gangguan besar” ertinya gangguan elektromagnetik—

(a)

yang menjadikan apa-apa radas atau perkhidmatan tidak sesuai bagi maksudnya; atau

(b)

yang merendahkan atau menghalang, atau berulang kali mengganggu, perkhidmatan radiokomunikasi yang dikendalikan mengikut Peraturan-Peraturan ini;’;

(b)

dengan menggantikan takrif

“kawasan geografi”

dengan takrif yang berikut:

‘ “kawasan geografi” ertinya mana-mana kawasan sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya;’;

P.U. (A) 141 3

(c)

dalam takrif “laluan perambatan radiokomunikasi”, dengan menggantikan perkataan “penghubung poin ke poin” dengan perkataan “penghubung titik ke titik atau penghubung titik ke pelbagai titik”;

(d)

dalam takrif “pemegang penguntukan spektrum”, dengan memasukkan selepas perkataan “seksyen 159 Akta” perkataan “atau dikeluarkan semula suatu penguntukan spektrum di bawah seksyen 161 Akta”; dan

(e)

dalam takrif “rancangan pemasaran”, dengan memotong perkataan

“dan membentuk sebahagian daripada rancangan spektrum”.

Pindaan peraturan 5

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) (PINDAAN) 2022