Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (STANDARD TEKNIK) (PINDAAN) 2022
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000
[P.U. (A) 124/2000], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2—
(a)
dalam teks bahasa kebangsaan, dalam takrif “Badan Penyelaras
Taksiran”—
(i)
dengan menggantikan perkataan “Penyelaras Taksiran” dengan perkataan “Penilaian Pematuhan”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “badan taksiran” dengan perkataan “badan penilaian”;
(b)
dengan memotong takrif “bahasa mudah”;
P.U. (A) 226 3
(c)
dalam takrif “kelengkapan komunikasi”, dengan menggantikan perkataan
“atau kelengkapan pelanggan” dengan perkataan “, kelengkapan pelanggan atau kelengkapan radiokomunikasi”;
(d)
dengan memasukkan selepas takrif “kelengkapan komunikasi” takrif yang berikut:
‘ “kelengkapan radiokomunikasi” ertinya apa-apa kelengkapan yang direka bentuk dan digunakan bagi maksud radiokomunikasi;’;
(e)
dengan memotong takrif “kumpulan kod”;
(f)
dengan memotong takrif “perkataan”; dan
(g)
dalam teks bahasa kebangsaan, dalam takrif “Perkiraan Pengiktirafan
Bersama”, dengan menggantikan perkataan “Badan Penyelaras Taksiran”
dengan perkataan “Badan Penilaian Pematuhan”.
Pindaan peraturan 7