Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN KOPERASI (MAJLIS PERUNDINGAN KOPERASI KEBANGSAAN) (PINDAAN) 2022
Seksyen 5
(1)
Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
Menteri sebagai Pengerusi;
(b)
Timbalan
Menteri suatu
Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi sebagai Timbalan Pengerusi;
(c)
Anggota Majlis Mesyuarat atau wakil Kerajaan Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi atau mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri bagi mewakili mana-mana negeri atau wakilnya;
(d)
Ketua
Setiausaha suatu
Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi atau wakilnya;
(e)
Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau wakilnya;
(f)
Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia atau wakilnya;
(g)
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
(ANGKASA) atau wakilnya;
(h)
Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau wakilnya;
P.U. (A) 271 4
(i)
tidak lebih daripada sembilan orang wakil koperasi yang dilantik oleh Menteri; dan
(j)
tidak lebih daripada lima orang, pada pendapat Menteri, boleh membantu Majlis atau pembangunan pergerakan koperasi, yang dilantik oleh Menteri.
(2)
Pengerusi hendaklah menubuhkan suatu urus setia untuk membantu Majlis menjalankan fungsinya di bawah Peraturan-Peraturan ini.
(3)
Pengerusi hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai untuk menjadi urus setia sebagaimana yang perlu daripada kalangan pegawai
Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi atau pegawai dan pekerja Suruhanjaya atau gabungan daripada kedua-duanya.”.
Pindaan peraturan 6 4.
Peraturan 6 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “5(p), (q)
dan (r)” dengan perkataan “5(c), (i) dan (j)”; dan
(b)
dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan “5(p), (q)
dan (r)” dengan perkataan “5(c), (i) dan (j)”.
Peraturan baharu 6A