Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN KREDIT PENGGUNA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2026

Seksyen 3

(1)

Apabila menerima apa-apa maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan boleh dikompaun telah dilakukan, Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan

Penyeliaan boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya yang disebut dalam subperaturan 2(2), mengeluarkan suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dalam Borang 2 Jadual Kedua.

(2)

Suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah sah bagi tempoh tiga puluh hari bermula dari tarikh tawaran itu diterima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat atau apa-apa tempoh lanjutan yang boleh diberikan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan secara bertulis, dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat dalam tempoh tiga puluh hari

P.U. (A) 234 3

atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan itu, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.

Penyetujuterimaan kompaun

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN KREDIT PENGGUNA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2026