Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (UDARA BERSIH) 2014

Seksyen 4

(1)

Pemunya atau penduduk suatu premis baru hendaklah mematuhi nilai batas dan standard teknikal yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan ini.

(2)

Pemunya tiap-tiap premis sedia ada, termasuk premis yang tidak tertakluk kepada apa-apa syarat tentang nilai batas bagi pencemar udara sama ada bagi lesen yang dikeluarkan atau kebenaran yang diberikan untuk pengendalian kemudahan yang sedia ada, hendaklah, pada atau sebelum habis tempoh lima tahun daripada tarikh

Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa, mengambil langkah yang perlu untuk mematuhi kelegapan dan nilai batas yang ditetapkan dalam peraturan 12 dan 13.

(3)

Walau apapun subperaturan (2), jika terdapat aduan yang berasas atau bukti mengenai gangguan, dan pada pendapat Ketua Pengarah pematuhan dengan peraturan 12 dan 13 perlu dipercepatkan, Ketua Pengarah boleh menyerahkan pada pemunya atau penduduk premis sedia ada itu suatu notis secara bertulis bagi menghendaki pematuhan dalam jangka masa semunasabahnya yang lebih pendek sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

Kewajipan untuk memberitahu

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (UDARA BERSIH) 2014