Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (UDARA BERSIH) 2014

Seksyen 5

(1)

Pemunya atau penduduk sesuatu premis tidak boleh, tanpa memberi pemberitahuan bertulis terdahulu sebelumnya kepada Ketua Pengarah—

(a)

menjalankan apa-apa perubahan dalam pengendalian premisnya;

(b)

menjalankan apa-apa kerja di mana-mana premis yang boleh mewujudkan suatu punca pengeluaran;

P.U. (A) 151 10

(c)

membina atas mana-mana tanah, apa-apa bangunan atau premis yang direka bentuk atau yang digunakan bagi tujuan yang boleh mewujudkan suatu punca pengeluaran yang baru;

(d)

membuat, menyebabkan, atau membenarkan untuk dibuat sebarang perubahan bagi, pada atau dalam mana-mana loji, mesin atau peralatan yang digunakan atau yang dipasang di premis itu yang menyebabkan perubahan material dalam kuantiti atau kualiti pengeluaran daripada suatu punca yang sedia ada; atau

(e)

menjalankan apa-apa perubahan atau pengubahsuaian kepada sistem kawalan pencemaran udara yang sedia ada.

(2)

Pemberitahuan bertulis itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua

Pengarah dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum kerja tersebut dimulakan.

Langkah untuk mengurangkan pengeluaran

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (UDARA BERSIH) 2014