Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (INSTITUSI PENGURUSAN DANA) 2016

Seksyen 5

Penutupan akaun pelaburan atau pencairan pelaburan

(1)

Sesuatu institusi pengurusan dana hendaklah memberitahu Lembaga apabila institusi pengurusan dana itu menerima suatu notis daripada ahli Kumpulan Wang untuk menutup akaun pelaburannya, atau mencairkan kesemua atau sebahagian daripada pelaburannya, dengan institusi pengurusan dana itu.

(2)

Apabila menerima notis ahli Kumpulan Wang di bawah subperaturan (1), institusi pengurusan dana hendaklah—

(a)

dalam hal penutupan akaun pelaburan, menutup akaun pelaburan ahli

Kumpulan Wang itu dan memindahkan kesemua amaun yang ada dalam akaun itu ke dalam Kumpulan Wang; atau

(b)

dalam hal pencairan pelaburan, mencairkan kesemua atau sebahagian daripada pelaburan ahli Kumpulan Wang itu dan memindahkan ke dalam Kumpulan Wang pelaburan yang dicairkan itu termasuklah apa-apa dividen ke atas pelaburan itu.

(3)

Pemindahan ke dalam Kumpulan Wang di bawah subperaturan (2)

hendaklah mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(4)

Peraturan ini tidak terpakai jika institusi pengurusan dana itu telah menerima suatu pemberitahuan daripada Lembaga di bawah peraturan 7.

4

Penggantungan atau penamatan pelantikan institusi pengurusan dana

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (INSTITUSI PENGURUSAN DANA) 2016