Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (INSTITUSI PENGURUSAN DANA) 2016
Seksyen 6
(1)
Menteri boleh menggantung atau menamatkan pelantikan mana-mana institusi pengurusan dana atas mana-mana sebab yang berikut:
(a)
institusi pengurusan dana itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan
Akta, Peraturan-Peraturan ini atau Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (Pelaburan dalam Institusi Pengurusan Dana) 2016
[P.U. (A) 380/2016];
(b)
institusi pengurusan dana itu telah melanggar apa-apa terma dan syarat yang dikenakan ke atas institusi pengurusan dana itu;
(c)
institusi pengurusan dana itu telah melanggar apa-apa garis panduan, arahan, pekeliling atau apa-apa kehendak lain yang dikenakan oleh
Lembaga,
Suruhanjaya
Sekuriti
Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa yang lain;
(d)
institusi pengurusan dana itu telah gagal melaksanakan tugas dan kewajipannya;
(e)
institusi pengurusan dana itu telah bertindak secara cuai dalam melaksanakan tugas dan kewajipannya;
(f)
institusi pengurusan dana itu telah berhenti menjalankan perniagaannya;
(g)
institusi pengurusan dana itu telah memohon secara bertulis supaya pelantikannya ditamatkan;
(h)
institusi pengurusan dana itu telah dibubarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau 5
(i)
apa-apa sebab lain yang boleh menjejaskan kemampuan institusi pengurusan dana untuk melaksanakan tugas dan kewajipannya.
(2)
Jika pelantikan suatu institusi pengurusan dana digantung di bawah subperaturan (1), institusi pengurusan dana itu hendaklah terhalang daripada—
(a)
membuka apa-apa akaun pelaburan baharu mana-mana ahli
Kumpulan Wang; atau
(b)
menerima apa-apa pemindahan kredit baharu ahli Kumpulan Wang daripada Kumpulan Wang.
(3)
Walau apa pun subperaturan (2), institusi pengurusan dana itu hendaklah terus bertanggungjawab untuk melabur kredit ahli Kumpulan Wang yang telah dipindahkan ke institusi pengurusan dana itu sebelum tarikh penggantungannya.
(4)
Jika pelantikan institusi pengurusan dana ditamatkan di bawah subperaturan (1), institusi pengurusan dana itu hendaklah—
(a)
mencairkan kesemua pelaburan ahli
Kumpulan
Wang dan memindahkan ke dalam Kumpulan Wang semua amaun yang ada dalam akaun pelaburan ahli Kumpulan Wang itu termasuklah semua dividen ke atas pelaburan itu mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; dan
(b)
mengemukakan kepada Lembaga semua penyata, dokumen, rekod, laporan dan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga berhubung dengan pelaburan itu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
6
(5)
Institusi pengurusan dana yang telah ditamatkan pelantikannya boleh memohon untuk pelantikan semula selepas satu tahun dari tarikh penamatan pelantikannya atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Tanggungjawab institusi pengurusan dana apabila ahli Kumpulan Wang mati